Sang Saka Merah Putih

Posted by SuperHan | 9:50 PM | 0 comments »


Bendera di atas adalah bendera yang digunapakai oleh Negara Kesatuan Republik Indonesia. Bendera ini dinamakan Sang Saka Merah Putih. Bendera ini dipercayai mewakili kerajaan seluruh kepulauan Nusantara pada suatu masa dahulu ketika era kerajaan Majapahit. Namun, bendera kerajaan Majapahit yang asal adalah seperti bendera di bawah.

















Inilah rekabentuk bendera kerajaan Majapahit yang berkuasa di Nusantara sekitar 1293 sehingga 1500. Bendera Majapahit ini mengandungi warna merah dan putih yang membawa maksud darah dan kesucian. Tetapi tidak dapat dipastikan maksud tentang 9 jalur pada bendera berkenaan.

















Jika kita teliti bendera Republik Singpura, juga mengandungi warna merah dan putih dan jika dibuang bulan sabit dan bintang 5 itu pasti menyerupai Sang Saka Merah Putih. Jadi apakah motif orang-orang dahulu mereka bendera ini yang mirip Sang Saka Merah Putih. Pastinya cerita di sebalik bendera ini terlipat dalam sejarah yang perlu kita terokai secara mendalam.
















Bendera Thailand ni pula walaupun mempunyai warna biru, tetapi dua warna teratas dan di bawah juga merah dan putih. Di atas dimulai dengan merah dan disusuli dengan putih. Adakah ianya juga dipengaruhi oleh lipatan sejarah di Nusantara?

















Ni pula bendera Malaysia. Kalau kita perhatikan, unsur warna merah dan putih juga terdapat di dalamnya. Jalur warna merah mendahului jalur yang teratas dan disusuli dengan jalur warna putih. Pastinya rekabentuk Bendera Malaysia juga ada kaitan dengan sejarah Nusantara.



Ini adalah bendera Rakyat.yang dikibarkan di seluruh Malaya pada 10 Disember 1947. Bendera ini juga mempunyai jalur merah dan putih yang menyerupai Sang Saka Merah Putih tetapi mempunyai penambahan 12 bintang berwarna kuning yang mewakili 12 negeri yang bergabung di Malaya. 9 negeri-negeri Melayu dan 3 negeri-negeri selat.




Bendera UMNO juga berasal dari bendera Sang Saka Merah Putih. Tetapi mempunyai tambahan objek bulat berwarna kuning dan keris berwarna hijau.




Dan bendera di atas pula adalah bendera PAS. Bendera PAS juga berasal daripada Sang Saka Merah Putih yang ditambah objek bulat berwarna hijau.


SAYA MENYERU KEPADA SEMUA PEMBACA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG SAHIH MENGENAI SEJARAH BENDERA-BENDERA INI UNTUK MEMBERIKAN KOMEN DAN PENDAPAT UNTUK KITA KONGSIKAN BERSAMA AGAR GENERASI KITA YANG AKAN DATANG MEMPUNYAI ILMU TENTANG SEJARAH YANG MENDALAM.




0 comments