Fakta & Tahyul Mengenai Hantu

Posted by SuperHan | 9:10 AM | 0 comments »






Perkataan 'Hantu' sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit yang mebawa maksud 'Dewa Kepala' ( Han=Dewa   Tu=Kepala). Dalam masa yang sama, perkataan 'Tuhan' juga berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud 'Kepala Dewa' (Tu=Dewa   Han=Kepala). Sebenarnya Bahasa Melayu yang kita guna pakai hari ini adalah himpunan-himpunan dari pelbagai bahasa seperti Bahasa Sanskrit (contoh: Agama, Tuhan), Bahasa Jawa (contoh: Makan/Mangan), Bahasa Arab (contoh: Kitab, Selamat/Salamah), Bahasa Portugis (contoh: Jendela, Almari), Bahasa Cina (contoh: kuih/kueh) dan bermacam-macam lagi hingga terwujudnya suatu bahasa yang tersendiri dan bahasa-bahasa ini melalui evolusi demi evolusi selari dengan perubahan masa.

Tetapi di sini saya bukan ingin mengulas tentang bahasa, tetapi berbalik kepada topik asal iaitu cerita Hantu. Masyarakat Melayu memang tak lari dari mitos-mitos hantu yang diceritakan dari generasi ke generasi. Setiap kanak-kanak masyarakat Melayu sudah dimomokkan dengan hantu seawal usia kanak-kanaknya. Contohnya, "Boboy.. jangan keluar rumah waktu maghrib ni banyak hantu". Boboy yang tak tahu menahu pasal hantu pun terus bertanya kepada ibunya, "Mak, hantu tu apa?". Mak dia pulak jawab,"hantu ni mata besar warna merah, ada taring, rambut panjang, kaki tak jejak tanah". Boboy yang masih terpinga-pinga tu pun tanya balik,"tak pernah nampak pun". Mak dia pun naik angin lalu jawab,"Nanti kalau hantu tu jumpa kamu, dia hisap darah kamu". Boboy yang pada asalnya seorang kanaak-kanak yang sangat berani dan hyperaktif mulai saat itu menjadi seorang kanak-kanak yang penakut. Kasihan.. Sepatutnya kanak-kanak disemai dengan sifat keberanian, barulah bila dah besar mereka menjadi orang-orang yang berani, yang berani bersaing di atas muka bumi untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Tetapi sebaliknya, hasil pemikiran yang diprovokasi dan diprogramkan dengan cerita-cerita momok sejak kecil maka hasilnya jadilah manusia-manusia yang takut untuk bersaing dan lemah untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain sama ada domestik ataupun antarabangsa.
Di dalam masyarakat Melayu, mereka mempercayai kewujudan hantu. Ada bermacam-macam hantu yang sering disebut, dan senarai nama suku-suku/genre/versi/kaum adalah seperti berikut:

Pontianak / Puntianak / kuntilanak
Polong
Toyol
Pelesit
Hantu air
Hantu raya
Hantu bungkus / Pocong
Langsuir
Bota
Bajang
Bunian
Hantu Jepun
Hantu bukit
Hantu kubur
Pari-pari
Hantu punjut
Jerangkung
Hantu laut
Hantu galah
Jin Tanah
Hantu Keramat
Hantu Kum-Kum
Hantu Bungkus
Orang minyak
Hantu Raya
Puaka
Penanggalan
Pocong
Hantu bidai
Hantu kopek
Hantu Tetek
Harimau jadian
Jembalang tanah
Hantu tengelong

Kalau nak senaraikan seluruh spesis Hantu yang ada dalam masyarakat Melayu ni memang tak akan habis. Tapi yang menariknya, setiap hantu berkenaan mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama ada dari segi geografi mahupun demografi. Macam-macam ada...

Yang pentingnya kajian mengenai hantu ini banyak dilakukan contohnya seperti Uncle Seekers. Beliau begitu gigih mencari hantu menggunakan kaedah moden. Hasil kajian beliau yang sering diulang-ulang adalah hantu suka pada keadaan suhu yang sekian sekian (dah lupa la apa dia cakap). Tetapi belum ada visual yang beliau perolehi setakat ini melainkan bayang-bayang atau kesan cahaya sahaja.

Jadi misteri tentang hantu dalam masyarakat Melayu masih belum terungkai dengan sains dan teknologi. Mungkin menggunakan kaedah lain.

Di dalam masyarakat Melayu juga seringkali menggunakan gelaran awalan 'Hantu' kepada orang lain. Contohnya, "Kau ni hantu judi la". Maksudnya bukan hantu tetapi merujuk kepada seseorang yang gemar berjudi. Ada lagi satu senario pula iaitu, "Woi setan! Apa cer?". Inilh bahasa kureng sapon (kurang sopan) yang sering digunakan oleh anak muda sekarang yang membawa maksud dalam bahasa afro-english "Wassup bro!". Perkataan ini sangat kool dan dah sebati dalam perkataan pergaulan sehari hari.
Apa-apapun nama blog ni 'Hantu Tempe' yang membawa maksud 'Penggemar Tempe' ataupun dalam bahasa Inggeris bermaksud 'Fermented Soy Lover'. Wow! After translated to English, it sounds better... Fantastic!

Saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih sebab ilmu pengetahuan mengenai hal ini lebih baik kita merujuk kepada Allah. Macam mana nak rujuk? Mudah sahaja, kita cuma buka kitab Al Quran dalam surah An-Nas (114) dan Surah Al-An'am ayat 112 (6:112).

Semoga jika ada pandangan-pandangan dan kajian saudara/saudari boleh menulis komen di bawah. Tulis je apa yang nak tulis. No heart feeling. Adios.




0 comments