Pisau Cukur

Posted by SuperHan | 11:20 AM | 0 comments »




Selepas kejayaan Gol & Gincu, sekali lagi pengarah yang tak asing lagi iaitu Bernard Chauly kembali dengan menghasilkan sebuah lagi filem komedi yang berjudul Pisau Cukur. File mini mengisahkan dua gadis jelita iaitu Bella (Maya Karin) dan Intan Mastura (Fazura) yang cuba mengejar lelaki kaya. Filem terbitan Red Films dan Primework Studios ini juga dibintangi oleh Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Dato' Rahim Razali, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia dan Liyana Jasmay. Di samping itu kehadiran pelakon tambahan seperti Shahredza Minhat, Radhi Khalid, Yasmin Yusuff, Rafidah Abdullah, Nas-T, Tini, Othman Hafsham serta Nabil Raja Lawak juga benar-benar memberikan sentuhan yang luar biasa dalam file mini.
Penggunaan CGI digunakan untuk pembikinan filem ini memandangkan pengambaran sebenar dalam kapal cruise mewah tidak dapat dilaksanakan.
Saksikan kemunculan file mini di pawagam pada 5 November 2009.


Komen Hantu Tempe:

0 comments