Sesiapa yang paling lama bertahan melekapkan tangan kanannya pada kereta maka dia akan menang Subaru Impreza S-GT. Itulah dia pertandingan yang dinamakan Subaru Palm Challenge 2009 yang berlangsung di The Curve pada 26 September 2009. Sebanyak 40 peserta yang tahan lasak telah bertarung untuk mendapatkan kereta idaman itu tetapi hanya 10 peserta yang telah terpilih untuk pusingan akhir bagi mewakili Malaysia dalam `MediaCorp Subaru Impreza WRX Challenge - The Asian Face-Off’. Acara ini akan berlangsung pada 31 Oktober 2009 ini di mana ia melibatkan 7 negara yang lain iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong, China dan Taiwan.


Komen Hantu Tempe:

0 comments